KELAB gersasi Liga Malaysia (Liga M), Johor Darul Takzim (JDT) akhirnya menamatkan penantian penyokong untuk menyaksikan Jalil Elias menaiki limousin ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI) sebagai simbolik pengumuman pemain baharu.
Nama Elias bukan lagi rahsia dalam kalangan penyokong kelab dengan gelaran juara 10 kali berturut-turut Liga Super itu apabila sebelum ini pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris pernah menyebut namanya.
Menerusi media sosial rasmi JDT pada Rabu, pemain kelahiran Argentina itu disahkan sebagai bintang import baharu Harimau Selatan bagi musim 2024/25 yang mana Elias dijangka akan menambah baik bahagian tengah kelab.