JOHOR Darul Ta’zim (JDT) berhasil memastikan mereka kekal unggul di persada Liga Super selepas berpesta gol menumpaskan Perak FC dengan keputusan 5-0 di Stadium Sultan Ibrahim dekat Iskandar Puteri, Johor pada Ahad.
Hasil hatrik dari Bergson Da Silva dan dua jaringan Romel Morales membolehkan pasukan Harimau Selatan menambah tiga mata, yang kini menyaksikan mereka berada 11 mata di hadapan Selangor FC yang memperoleh 29 mata.
Perlawanan yang sememangnya bermula dengan kontroversi dek pertukaran venue ke Iskandar Puteri itu bertambah panas apabila insiden pergaduhan antara pemain tercetus pada babak kedua.