SEHINGGA hari ini, isu keganasan, atau juga dikenali sebagai hooliganisme masih berlaku sehingga ia menyebabkan imej pasukan-pasukan tempatan mula tercalar.
Pergaduhan antara penyokong Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Penang FC selepas aksi Liga Super Ogos lalu merupakan antara contoh terbaik untuk menceritakan mengenai hal tersebut.
Selain itu, pertempuran antara golongan ‘casual’ ketika perlawanan antara Selangor FC dan Perak FC Mei lalu juga boleh dianggap sebagai satu gejala tidak sihat yang masih berterusan dalam sukan itu.