HARIMAU MALAYA membuka tirai kejohanan Pestabola Merdeka berdepan negara ranking ke-147, Filipina yang dibarisi ramai pemain-pemain berpengalaman beraksi di Eropah.
Perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur tidak meriah seperti edisi tahun lalu selepas penyokong memilih untuk memboikot anjuran kali ini kerana tidak berpuas hati dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Meskipun tanpa ramai penyokong, keadaan itu tidak mematahkan semangat untuk mencatat kemenangan 2-1 ke atas Filipina, sekali gus mara ke final yang akan berlangsung pada Ahad ini untuk bertemu Lebanon yang menewaskan juara bertahan, Tajikistan.






