BEKAS juara Muay Thai One Championship, Rodtang Jimuangnon mencuri perhatian dunia khususnya peminat sukan tanah air apabila petarung itu berbusana baju Melayu tradisional ketika sesi ‘face off’ untuk acara ONE 172.
Mengenakan baju Melayu berwarna hitam dan dipadan dengan samping yang miliki rekaan unik sebagai pelengkap pakaian itu membuatkan Rodtang membawa aura berbeza dari kebiasaan petarung berkenaan.
Pakaian tradisional masyarakat Melayu itu disarung ketika Rodtang hadir ke sesi bersemuka dengan bakal lawannya, Takeru Segawa sebelum pertandingan sebenar berlangsung iaitu pada 23 Mac 2025 di Tokyo, Jepun.