Dengar Suria

Sukan

[VIDEO] Sebelum raih pingat emas acara memanah, atlet Olimpik Korea Selatan terpaksa ‘berperang’ dengan lebah

USAHA empat tahun trio memanah wanita Korea Selatan demi meraih pingat emas di temasya Sukan Olimpik Paris hampir tidak kesampaian gara-gara gangguan dari seekor lebah ketika acara final di Les Invalides di Paris pada Ahad.

Menerusi video tular di media sosial baru-baru ini, fokus salah seorang atlet pasukan Korea Selatan, Lim Si-hyeon terganggu apabila seekor lebah tiba-tiba hinggap di tangannya ketika hendak melepaskan panahan terakhir dalam set ketiga.

Meskipun serangga berkenaan hinggap di tanggannya namun Si-hyeon kekal profesional apabila dia dilihat tidak terpengaruh dengannya dan berhasil memperkemaskan panahan untuk mendapat sembilan mata.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%