Dengar Suria

Sukan

[VIDEO] Sebelum Pohang, masihkah ingat Selangor juga mangsa bedilan mercun menjelang aksi ‘panas’ SSI

AKSI penutup peringkat kumpulan Zon Timur bagi Liga Juara-Juara AFC (ACL) Elite antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Pohang Steelers di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada Selasa terpalit dengan kontroversi.

Pertembungan yang sepatutnya ditonton ribuan penyokong bola sepak tempatan itu dicemari insiden kurang enak didengari apabila laporan mengatakan hotel didiami pasukan pelawat menjadi kecoh susulan tindakan pihak tidak bertanggungjawab membakar mercun.

Meskipun tiada sebarang kecederaan dialami, gangguan itu menyebabkan pemain pasukan Korea Selatan tersebut tidak dapat berehat dengan cukup selepas tiba beberapa hari lalu.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%