JIKA ditanya peminat bola sepak hari ini, Johor Darul Ta’zim (JDT) boleh diangkat sebagai pasukan terbaik dengan rekod serta pencapaian mereka tidak mudah dipersoalkan.
Bagaimanapun, setiap tahun, pasti ada kelab yang akan tampil untuk cuba mencabar kedudukan mereka meskipun tahu hal tersebut bukanlah sesuatu hal mudah.
Musim lalu, pesaing terdekat kepada skuad Harimau Selatan ialah Selangor FC yang menamatkan saingan di kedudukan kedua Liga Super dengan permusuhan antara mereka sudah diketahui sejak beberapa tahun lalu.