REPUTASI Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai pasukan terbaik dalam negara sememangnya tidak boleh dinafikan lagi selepas mereka menjuarai empat kejohanan domestik semusim untuk dua tahun berturut-turut.
Bukan sahaja peringkat domestik, prestasi skuad Harimau Selatan di pentas Asia juga sukar disangkal apabila mereka menamatkan saingan Kumpulan I Liga Juara-Juara AFC (ACL) di tangga ketiga.
Meskipun mencipta nama dalam peringkat domestik dan Asia, JDT atau sebelum ini dikenali pasukan Johor bagaimanapun pernah tewas di tangan Selangor FC.