Dengar Suria

Sukan

[VIDEO] ‘Saya bukan kuda tua’, Gonzalez buktikan kemampuan diri selepas 7 bulan tak beraksi

REKRUT baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Alvaro Gonzalez berjaya menutup mulut pengkritiknya yang menggelarnya ‘kuda tua’ dengan mencetak dua gol dalam penampilan sulungnya dalam Kejohanan Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) di New South Wales, Australia, pada Selasa.

Dua gol daripada pemain kelahiran Sepanyol itu memastikan JDT menumpaskan Central Coast Mariners 2-1 sekali gus meningkatkan harapan mereka untuk mara ke peringkat kalah mati ACLE.

Pemain berusia 33 tahun yang pernah menjadi rakan sepasukan Cristiano Ronaldo di Al-Nassr, Liga Pro Arab Saudi, muncul wira JDT selepas pasukan lawan bermain dengan 10 pemain, susulan penjaga gol mereka, Dylan Peroic-Cullen dilayangkan kad merah kerana mengasari Arif Aiman Hanapi di luar kotak penalti pada babak pertama.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%