SETIAP pekerjaan ada cabarannya. Mengambil contoh pengamal media khususnya dalam sukan bola sepak, ia memerlukan kesabaran tinggi untuk melayan sikap para atlet dan ada juga ‘cabaran’ tepi padang perlu dilalui.
Cabaran yang dimaksudkan apabila mereka perlu bersedia untuk menghadapi insiden-insiden luar jangka seperti jurufoto diserang penyokong kelab bola sepak dan ada juga kemalangan terkena bola ketika bekerja.
Walaupun kemalangan sebegitu rupa jarang berlaku namun ia pernah menimpa seorang wartawan sukan di CBC Azerbaijan yang terkena bola tepat di wajahnya yang jelita sebelum perlawanan Liga Europa UEFA antara Inter Baku menentang Mladost Lucani pada 2017.