Dengar Suria

Sukan

[VIDEO] Safee Sali percaya kehadiran Jalil Elias akan beri kelebihan buat JDT musim depan

DALAM sesi temu bual Nindia Bola Isnin lalu, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris mengesahkan bahawa kelabnya, Johor Darul Takzim (JDT) akan mendapatkan khidmat pemain import Argentina, Jalil Elias.

Pemain yang kini berada di negara kelahirannya bersama San Lorenzo dilihat mempunyai reputasi tersendiri melihat kepada tahun-tahun perkhidmatannya bersama kelab itu.

Selain sudah mencatatkan 100 penampilan, pemain berusia 27 tahun itu juga pernah diberikan peranan kapten, sekali gus membuktikan kualiti yang dimilikinya.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%
Path: /terkini/sukan/video-safee-sali-percaya-kehadiran-jalil-elias-akan-beri-kelebihan-buat-jdt-musim-depan/