KAPTEN Terengganu FC, Muhammad Safawi Rasid menegaskan mentaliti Sang Penyu untuk memberikan 100 peratus dalam perlawanan Melaka FC di Stadium Hang Jebat, Melaka pada Sabtu (23 November) menjadi kelebihan buat pasukannya memenangi aksi pertama pusingan ke-16 Piala Malaysia itu.
“Pertama sekali saya nak bagi kredit untuk rakan sepasukan kerana memberikan persembahan 100 peratus walaupun kami (Terengganu) tahu main lawan pasukan Liga M3, tapi kita tidak memandang rendah.
“Sebab setiap perlawanan, kami mempunyai mentaliti akan bagi 100 peratus tidak kisah pasukan Liga M3, Liga Super ataupun lawan daripada divisyen kedua. Kita akan bagi yang terbaik.STA