TULAR sebuah video seorang lelaki dipercayai terkena serangan jantung ketika bermain badminton sehingga membuatkan orang ramai di sekitar kawasan kejadian menjadi panik.
Menerusi video yang dikongsikan oleh LM Prado di Facebook memaparkan individu terbabit rebah di atas lantai dan disyaki terkena sawan akibat serangan jantung sebelum seorang individu cuba membantu untuk melakukan proses bantuan pernafasan (CPR).
Individu itu terus meluru ke arah mangsa dan duduk di atas badan untuk melakukan bantuan pernafasan dengan segera.