TEKA-TEKI mengenai perobohan Stadium Shah Alam (SSA) masih lagi menjadi tanda tanya dalam kalangan penyokong Selangor FC.
Sebelum ini, kerajaan negeri Selangor mengumumkan akan merobohkan SSA bagi memberi laluan kepada pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA).
Perobohan SSA pada mulanya dijadualkan pada bulan Oktober, kemudiannya dianjakkan kepada November. Namun begitu, dengan bulan November kini menghampiri penghujungnya, masih tiada bayang stadium tersebut bakal dirobohkan.