KUALITI Johor Darul Ta’zim (JDT) bukan sahaja dapat disaksikan di atas padang kerana pelbagai infrastruktur kelab jauh meninggalkan pencabar lain.
Padang latihan yang memiliki kelengkapan serba canggih dan imej dijaga rapi boleh dikatakan bukti bahawa pasukan Selatan tanah air berkenaan berada di tahap berbeza.
Namun, apa yang lebih mencuri perhatian mengenai juara Liga Super 10 kali berturut-turut tersebut adalah pastinya Stadium Sultan Ibrahim, Johor yang menjadi rumah buat Harimau Selatan.