Dengar Suria

Sukan

[VIDEO] Pernah bahan Harimau Malaya, KL City mangsa baharu drama Chatchai Budprom

WALAUPUN sudah tujuh tahun berlalu, perang psikologi penjaga gol Thailand, Chatchai Budprom pastinya masih terpahat dalam setiap ingatan penyokong-penyokong Harimau Malaya semasa kejohanan Piala AFF 2018.

Manakan tidak, Chatchai menasihatkan pemain-pemain Harimau Malaya supaya tidur lena sebelum mengalami mimpi ngeri pada pertemuan separuh akhir kedua Piala AFF di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok pada 5 Disember 2018.

Kenyataan itu diucapkan oleh Chatchai sebelum Gajah Perang tewas dicakar Harimau Malaya di bumi Thailand dengan jaringan seri 2-2 sekali gus layak ke final Piala AFF 2018.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%