PASUKAN gergasi tanah air, Johor Darul Takzim (JDT) melengkapkan kejayaan ‘Perfect 10’ kejuaraan Liga Super 10 kali berturut-turut selepas membenam PDRM FC dengan keputusan 4-0 dalam aksi di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada Rabu.
Kejayaan JDT itu turut mencipta sejarah dalam kancah bola sepak negara apabila muncul satu-satunya kelab bola sepak muncul juara 10 musim berturut-turut selepas kali pertama memenangi trofi Liga Super pada musim 2014.
Dalam perlawanan babak pertama, skuad Harimau Selatan membuka tirai jaringan menerusi Bergson da Silva gol pada minit ke-37 apabila dan selang dua minit kemudian, Juan Muniz menambah jaringan kedua.