Dengar Suria

Sukan

[VIDEO] ‘Perak FC tak goyah’, kekal berjuang hadapi KL City walau diuji isu gaji, hilang tonggak import

WALAUPUN dibelenggu isu tunggakan gaji dan kehilangan pemain utama, semangat Perak FC dilihat masih utuh menjelang aksi Liga Super 2024 menentang Kuala Lumpur City FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Ahad.

Sesi latihan yang dijalankan di hotel penginapan pasukan memperlihatkan semangat dan motivasi pemain-pemain The Bos Gaurus (TBG) masih kukuh, meskipun pasukan sedang berdepan pelbagai cabaran termasuk isu kewangan yang berlarutan.

Lebih menyulitkan, import tengah Perak, Adilet Kenybekov terpaksa diketepikan pada saat akhir akibat kecederaan, sekali gus mengganggu perancangan taktikal menjelang pertembungan penting menentang KL City.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%