TULAR di media sosial sekumpulan pelajar memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang rakannya dengan bermain bola sepak sambil disaksikan seluruh ahli keluarganya di gelanggang bola keranjang baru-baru ini.
Kejadian itu dipercayai berlaku di Brazil yang mana sekumpulan pelajar itu dilihat seperti menunaikan permintaan terakhir mendiang untuk bermain bersama-sama rakannya itu.
Menerusi video yang dikongsikan dalam media sosial itu, rakan-rakannya menghantar bola sesama sendiri sebelum melakukan ‘assist’ kepada mendiang yang berada dalam keranda untuk menjaringkan golnya.