PERLAWANAN separuh akhir antara Nepal dan India dalam Kejohanan Wanita Persekutuan Bola Sepak Asia Selatan (SAFF) pada Ahad dicemari dengan keputusan kontroversi pengadil.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Dasharath, Kathmandu, Nepal itu menyaksikan pasukan tuan rumah berjaya menyingkirkan India dengan keputusan 4-2 menerusi sepakan penalti selepas terikat 1-1.
Namun, perlawanan itu tidak terkecuali daripada kontroversi kerana ketika perlawanan itu berlangsung, pengadil bertindak memulakan aksi ketika pasukan India masih belum bersedia.