ADAKAH skuad Harimau Malaya bakal diperkuatkan dengan kehadiran seorang lagi pemain warisan yang didakwa mempunyai pertalian darah Malaysia?
Pemain yang dimaksudkan ialah penyerang kelahiran Uzbekistan, Akobir Turaev yang pernah mewakili skuad muda negara itu.
Perkembangan itu timbul menerusi perkongsian Palatao Bola yang mendakwa Turaev mempunyai pertalian darah dengan Malaysia selepas berkongsi tangkap layar dengan seorang individu.