PERJALANAN skuad bola sepak kebangsaan Malaysia di Piala Asia 2023 terhenti selepas tumbang 0-1 kepada Bahrain menerusi gol babak kecederaan dari Ali Madan di Stadium Jassim Bin Hamad di Doha, Qatar pada Sabtu.
Perlawanan dengan misi wajib menang namun bertukar kepada kegagalan membawa sebarang mata itu membuatkan ramai penyokong mula menuding jari kepada beberapa pemain yang tampil dengan persembahan mengecewakan.
Enggan meletakkan kesalahan di bahu anak-anak buahnya, Kim Pan-gon meletakkan dirinya untuk menjadi ‘punching bag’ dan beliau mengambil sepenuhnya tanggungjawab di atas kekalahan Malaysia.