SATU insiden luar biasa berlaku dalam perlawanan Liga Peru apabila pengadil perlawanan menumbangkan anggota staf kejurulatihan pasukan yang kalah dengan tendangan karate tepat ke muka.
Kejadian itu berlaku pada minit ke-82 dalam perlawanan Copa Peru antara Sport Huaquilla dan Magdalena CEDEC di Ancash, Peru baru-baru ini.
Menerusi satu rakaman yang tular di media sosial, pengadil perlawanan, Luis Alegre melepaskan tendangan dengan menggunakan kaki kanannya ketika lelaki tersebut cuba memasuki padang.