MAJORITI peminat Johor Darul Ta’zim dilihat sukar menerima hakikat pahit perjalanan kelab kesayangan mereka dalam Liga Juara-Juara AFC (ACL) Elite terhenti selepas tewas tipis 0-1 kepada Buriram United dalam aksi timbal balik pusingan 16 pasukan pada Selasa.
Perlawanan yang diadakan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor itu, jaringan tunggal bintang pelawat, Suphanat Mueanta sudah cukup untuk memisahkan kedua-dua pasukan.
Di media sosial, rancak peminat Harimau Selatan seolah-olah bergurau menuduh pasukan lawan menggunakan khidmat bomoh Siam terutamanya apabila video pemilik Buriram United, Newin Chidchob dilihat seolah-olah terkumat-kamit membaca mantera sebelum perlawanan kini tular.