Dengar Suria

Sukan

[VIDEO] Muka fans Selangor berdarah, kereta penyokong jadi mangsa El Clasico kedua di MBPJ

AKSI El Clasico Malaya antara Selangor FC menentang Perak FC sekali lagi dicemari dengan insiden kekecohan apabila difahamkan sebuah cermin kenderaan seorang penyokong Gergasi Merah dipecahkan di luar Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor sebelum perlawanan bermula pada Sabtu.

Menerusi beberapa gambar yang tersebar di media sosial, menunjukkan cermin belakang kereta jenis Honda Civic berwarna putih itu dipecahkan menggunakan objek keras dan bampar di hadapan kenderaan pula remuk.

Sementara itu, tiga orang individu yang dipercayai mangsa dalam kejadian pecah kereta tersebut juga ditemui dalam keadaan berlumuran darah dengan kelihatan kecederaan pada wajah mereka.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%