Dengar Suria

Sukan

[VIDEO] Makin sayang skuad Seladang, Momad bawa vibe stadium di rumah ketika sokong Perak lawan Sabah

SEORANG penyokong cilik yang dikenali sebagai Muhammad Khalil Zarif menjadi tular sekali lagi di media sosial apabila sebuah video pendek memaparkan dia yang cukup bersemangat memberi sorakan buat pasukan kesayangannya itu.

Menariknya video tersebut apabila peminat cilik itu berkelakuan demikian ketika menonton perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia 2023 antara skuad Sabah FC dan The Bos Gaurus (TBG) menerusi kaca televisyen di rumahnya sendiri.

Dalam video tersebut turut memaparkan Muhammad Khalil Zarif atau juga lebih dikenali sebagai Momad memakai mafla pasukan Utara tanah air berkenaan di samping menggunakan senduk kayu serta kotak kosong sebagai dram seolah-olah berada di stadium.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%