PEMILIK Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mensasarkan pasukannya itu bakal dipenuhi dengan kelompok pemain-pemain import lebih muda pada musim depan.
Ia selepas melihat JDT musim ini cenderung membawa masuk pemain berusia kerana mahu membantu Harimau Selatan mara lebih jauh dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
Perkara itu disampaikan Tunku Ismail ketika sesi soal jawab bersama penyokong-penyokong JDT selepas Harimau Selatan tewas di tangan Buriram United dalam aksi pusingan ke-16 ACLE dengan keputusan 0-1 pada 11 Mac lalu.