PERTEMBUNGAN antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah Darul Aman (KDA) FC sering menyajikan aksi cukup hangat buat peminat bola sepak tempatan.
Meskipun skuad Harimau Selatan boleh dikatakan lebih berkualiti, saingan diberikan pasukan Utara tanah air itu setiap kali bertemu membuatkannya satu perlawanan wajib ditonton.
Ia turut dihangatkan apabila individu berpengaruh daripada kedua-dua pasukan pernah bertikam lidah dengan pelbagai hantaran sinis dibuat di media sosial.