SELEPAS kemenangan tipis Manchester City 1-0 ke atas Newcastle United pada Ahad lalu, video pengurus pasukannya, Pep Guardiola tular kerana didenda tidak membayar parkir kereta dan enggan melayan peminatnya.
Klip itu menunjukkan Guardiola didatangi seorang polis trafik ketika dia cuba memasuki keretanya yang terletak di tepi jalan sehingga pihak berkuasa itu memberinya denda di parkir tersebut.
Selain memaklumkan denda, pada masa yang sama, pengawal itu meminta untuk mengambil gambar bersama pengendali Sepanyol namun Guardiola memberi jawapan sarkastik kepada lelaki tersebut,