Dengar Suria

Sukan

[VIDEO] Kuni masih malu di lensa kamera, tapi Bergson hadir bantu suntik semangat

TONGGAK tengah baharu Johor Darul Takzim (JDT), Takahiro Kunimoto meraih pujian menggunung daripada penyokong Harimau Selatan selepas mempamerkan debut cemerlang ketika aksi kedua Pusingan 16 Piala Malaysia pada Ahad.

Disaksikan ribuan penyokong tuan rumah di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, Johor itu Kunimoto tidak menunggu lama apabila dia meledak dua gol dalam aksi sulungnya ketika membantu Harimau Selatan membelasah Kelantan FC 10-0.

Bukan hanya penyokong, malah pengendali Harimau Selatan, Esteban Solari turut memuji persembahan bekas pemain Jeonbuk Hyundai itu kerana pantas menyesuaikan diri dengan corak permainan skuad Harimau Selatan.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%