KREDIBILITI pengadil menjadi bahan mulut peminat bola sepak kebelakangan ini, terutamanya selepas aksi Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC berikutan beberapa kontroversi yang timbul.
Isu berkenaan sudah tentu menconteng arang terhadap Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang sekali lagi gagal memastikan mutu sukan itu di tahap terbaik.
Namun, reputasi dua badan induk bola sepak negara tersebut sekali lagi terjejas selepas satu klip daripada aksi liga kini menjadi bualan di peringkat antarabangsa.