SELEPAS tujuh tahun menyepi, Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) memilih untuk kembali menganjurkan Piala Lion City yang merupakan edisi ke-27 pertandingan.
Kejohanan singkat yang diadakan untuk skuad muda menyaksikan empat pasukan menyertainya, iaitu skuad Bawah 15 Tahun (B-15) Singapura, Selangor FC (Malaysia), BG Pathum United (Thailand) serta Borneo FC (Indonesia).
Jadi, selepas perlawanan awal berlangsung, dua pasukan berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir, iaitu BG Pathum United serta skuad B-15 Singapura.