SETAKAT ini, Johor Darul Ta’zim (JDT) sudah mengumumkan kehadiran dua pemain baharu yang pastinya dapat merealisasikan cita-cita mereka untuk beraksi lebih baik dalam Liga Juara-Juara AFC (ACL) Elit musim depan.
Dua rekrut baharu tersebut ialah Jalil Elias dan Francisco ‘Chico’ Geraldes yang masing-masing merupakan pemain tengah dengan pengalaman cukup bernilai.
Tumpuan pastinya diberikan kepada Jalil memandangkan dia merupakan kapten buat pasukan lamanya, San Lorenzo yang beraksi dalam liga utama Argentina untuk beberapa musim.