TIDAK mempunyai bukti kewangan yang kukuh antara kebimbangan jika pasukan dari Liga M3 anjuran Liga Bola Sepak Amatur (AFL) untuk menyertai saingan Liga Super musim 2024/2025, dijadualkan bermula Mei ini.
Kekhuatiran tersebut dilontarkan oleh Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), Safee Sali dan sekali gus menolak cadangan jika pasukan dari AFL dipilih untuk mengisi kekosongan kelab bagi saingan Liga Super.
Safee yang juga bekas pemain kebangsaan tersebut berkata, kelab dari saingan Liga M3 berlatarbelakangkan amatur yakni sebuah pasukan kurang profesional dari segala aspek seperti kewangan, pemain dan tahap kompetitif.