Dengar Suria

Sukan

[VIDEO] Jojo segak ‘catwalk’ berbaju Melayu, siap belanja ‘shadow boxing’ di pentas fesyen Bulan Bintang

PETINJU Muay Thai negara, Johan Ghazali Zulfikar menarik perhatian ramai apabila tampil bergaya dengan baju Melayu ‘slim fit’ daripada jenama pakaian terkenal, Bulan Bintang dalam pertunjukan fesyen bertajuk ‘Fashion Show Bulan Bintang Sedekad Menyinar’ yang berlangsung di ibu negara pada Ahad.

Penampilannya yang segak dan penuh gaya itu bukan sahaja mencerminkan kecemerlangan dalam seni pertarungan tetapi juga dalam dunia fesyen.

Baju Melayu ‘slim fit’ tersebut direka dengan potongan moden dan kemas, memberikan sentuhan elegan yang mempamerkan personaliti Johan Ghazali yang sentiasa berani dan berkeyakinan tinggi.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%