PEMAIN warisan baharu, Hector Hevel menerima pujian lambung daripada seluruh penyokong Harimau Malaya selepas mempamerkan aksi yang sangat menakjubkan dalam mengerakkan barisan tengah skuad kebangsaan ketika menentang Nepal pada Selasa (25 Mac).
Hevel juga berjaya menjaringkan gol ‘debut’ untuk membantu Harimau Malaya menewaskan Nepal dengan keputusan 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Johor.
Selain Hevel, Corbin-Ong juga mencetak nama selaku penjaring buat Harimau Malaya yang mana kali terakhir dia meledak gol pada Oktober 2023.