Dengar Suria

Sukan

[VIDEO] JDT derma RM2.9 juta kepada Palestin

KELAB bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) akan menderma sebanyak RM2.9 juta hasil daripada kutipan tiket dan hadiah kemenangan Liga Super kepada bantuan kemanusiaan Palestin dan program khidmat masyarakat Yayasan JDT.

JDT menerusi hantaran di Facebook Johor Southern Tigers pada Jumaat memaklumkan daripada jumlah itu, RM1.017 juta yang diperoleh daripada enam perlawanan di laman sendiri sejak dari November akan diberikan untuk usaha kemanusiaan di Palestin.

“Manakala, wang hadiah Liga Super Malaysia sebanyak RM1.9 juta pula akan disalurkan kepada Yayasan JDT untuk pelbagai program khidmat masyarakat,” menurut hantaran itu.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%