PERLAWANAN sukar dilupakan skuad Bawah 21 Tahun (B-21) Manchester United apabila jurulatih mereka sendiri, Tom Huddlestone menjaringkan gol kemenangan dalam keputusan 2-1 ketika menentang pencabar Manchester City pada Isnin bagi saingan Liga Perdana 2.
Bekas pemain tengah Tottenham Hotspur dan Derby County, 37, itu muncul dengan matlamat untuk melakar kemenangan buat pasukan muda Red Devils dan ternyata Huddlestone masih berbisa mencetak gol.
Pemain yang didakwa kacukan Malaysia-England, Ethan Wheatley meletakkan Man United di hadapan pada minit ke-35 menerusi hantaran bantuan dari Ethan Williams.