BEKAS kapten skuad kebangsaan, Zaquan Adha Abd Razak mendedahkan pada orang ramai cara Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim mendapatkan pemain untuk menyertai Johor Darul Takzim (JDT) baru-baru ini.
Dalam program ‘podcast’ Geng Jatuh Bangun (GJB) yang dihoskan oleh bekas penjaga gol kebangsaan, Zamir Selamat turut tekun mendengar pendedahan yang dilakukan oleh Zaquan itu.
Zaquan berkata, semasa beraksi untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 2012, dia dan Aidil Zafuan memang ada dengar khabar angin TMJ nak buat pasukan iaitu Johor Darul Takzim (JDT).