JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang masih belum menerima sepenuhnya keadaan yang menimpa diri dalam Olimpik Paris 2024, selepas meletakkan keutamaan nombor satu terhadap sukan keirin.
“Hidup mati saya untuk sukan ni, bahkan dalam situasi tertentu keluarga saya letak nombor dua.
“Saya letakkan keluarga saya nombor dua, apa-apa pun sukan dulu. Saya fikirkan Olimpik, jadi untuk masa depan saya tak tahu nak cakap lagi,” katanya kepada wartawan tanah air, Fina Nasrom ketika ditemui di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada Selasa.