SELANGOR FC berjaya mencuri tiga mata berharga di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu selepas menewaskan Sang Penyu dengan keputusan 1-0 bagi saingan Liga Super 2024 pada Sabtu.
Gol tunggal itu terhasil menerusi penyerang Gergasi Merah, Ronnie Fernandez yang hanya memerlukan 27 saat sahaja untuk mencipta gol terpantas dalam saingan Liga Super musim ini.
Rekod sebelum ini dimiliki oleh penyerang Kedah Darul Aman (KDA) FC, Syafiq Ahmad dengan rekod gol terpantas 33 saat yang menyaksikan aksi Sang Kenari bertemu PDRM FC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor pada 11 Mei lalu.