INSIDEN kontroversi membabitkan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi baru-baru ini, turut menjadi topik perbincangan hangat dalam kalangan penyokong bola sepak Indonesia.
Arif Aiman terlibat dalam pertelingkahan bersama bek kiri Perak FC iaitu Tommy Mawat Bada dalam aksi Liga Super musim 2024/2025 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada Ahad, yang berakhir dengan kemenangan 5-0 berpihak kepada JDT.
Insiden itu mencemarkan nama baik Arif Aiman sehingga ke Indonesia selepas aksi pemain sayap kanan Harimau Selatan berkenaan dikesan seakan-akan menghalakan tangannya ke arah muka Tommy.