PENANG FC memanfaatkan waktu rehat Liga Super minggu ini dengan menyertai perlawanan persahabatan antarabangsa bersama kelab Indonesia, Persiraja Banda Aceh di Stadium H. Dimurthala, Indonesia pada Rabu (6 November).
Skuad bimbingan Abderrazzak Merzagua itu hanya mencatatkan keputusan seri 1-1 hasil jaringan Dylan Wenzel-Halls (Penang) dan Eduardo Brandao (Persiraja Banda Aceh).
Harimau Kumbang menurun kesebelasan utama yang kuat apabila meletakan beberapa pemain kebangsaan seperti Adib Ra’op, Syamer Kutty Abba dan Alif Ikmal untuk merobek gawang gol Persiraja Banda Aceh.