GARA-GARA menolak untuk menyokong komuniti LGBTQ+, bekas penyerang skuad nasional Jerman, Kevin Behrens ditamatkan kontraknya dengan serta merta oleh VfL Wolfsburg.
Pada September 2024, penyerang Wolfsburg itu terlibat dalam kontroversi apabila dia enggan menandatangani jersi bertemakan pelangi yang melambangkan sokongan terhadap komuniti LGBTQ+.
Semasa sesi autograf, Behrens didakwa berkata, “Saya tidak akan menandatangani benda gay seperti itu.”