Dengar Suria

Sukan

[VIDEO] Enggan salahkan Bergson, fans JDT anggap taktikal bertahan LCS punca provokasi

PENYERANG berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva dihukum pengadil perlawanan selepas membuat aksi nakal ketika meraikan jaringan rakan sepasukan dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada Ahad.

Keputusan itu diambil selepas Bergson dilihat meraikan jaringan Shahrul Saad di hadapan pemain lawan di penghujung perlawanan dalam aksi persahabatan antarabangsa antara JDT dan jaguh Singapura, Lion City Sailors (LCS).

Susulan daripada meraikan jaringan tunggal tersebut, pengadil perlawanan tidak teragak-agak untuk melayangkan kad kuning kepada Bergson dan rakannya, Eddy Israfilov kerana dikesan membuat provokasi melampau terhadap pemain lawan.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%