SEAKAN masih tidak dapat melupakan apa yang terjadi, jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana gagal merealisasikan harapan membawa pulang pingat emas sulung negara di Paris 2024.
Walaupun sudah lima hari berlalu, Azizulhasni memuat naik satu hantaran di Facebook pada Rabu meluahkan beliau masih terkesan dengan insiden memotong ‘pacer’ di heat pertama pusingan awal acara keirin yang menyebabkan dirinya tersingkir.
Anak jati kelahiran Terengganu itu terpaksa akur apabila disingkirkan selepas dikesan melakukan kesilapan kerana memotong derby (motosikal berkuasa elektrik bertindak sebagai pacer) pada saringan pertama acara keirin lelaki di Velodrom Saint Quentin, Sabtu lalu.