BEKAS pemain nasional Sepanyol, Jonathan Viera dilaporkan akan menyertai skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) menjelang aksi Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) bagi dua perlawanan terakhir kejohanan berprestij itu.
Selain Viera, dua pemain Sepanyol iaitu Roque Mesa dan Alvaro Gonzalez turut dilaporkan akan menyarung jersi Harimau Selatan bagi baki saingan ACLE untuk membantu Harimau Selatan mara lebih jauh sekali gus layak ke pusingan kalah mati.
Walaupun sudah berusia 36 tahun, profil Viera tidak boleh dipandang rendah oleh pihak lawan kerana bintang Sepanyol itu mempunyai pengalaman luas beraksi di Asia dan Eropah.