MASA depan jentera serangan Harimau Malaya semakin cerah apabila seorang penyerang muda yang berpangkalan di Belanda dikatakan mempunyai darah keturunan Malaysia melalui neneknya.
Pemain berkenaan ialah Robin Van Duiben yang kini sedang menimba pengalaman dengan bermain bersama pasukan ternama di Eropah iaitu kelab Philips Sport Vereniging (PSV) Bawah 18 Tahun (B-18 Tahun).
Melihat reaksi penyokong di media sosial, ramai pengikut Harimau Malaya teruja untuk menyaksikan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mencuba nasib merekrut penyerang berusia 17 tahun berkenaan.