Dengar Suria

Sukan

[VIDEO] Coach tahan sebak lihat Sharul Aimy tamatkan kemarau 17 tahun negara

ATLET gimnastik artistik negara, Muhammad Sharul Aimy Kamaru Hisam boleh mendabik dada apabila akhirnya menamatkan kemarau selama 17 tahun negara tanpa sebarang pingat dalam sukan tersebut di Sukan Asia dengan meraih gangsa pada edisi 2022 di Hangzhou, China pada Jumaat.

Pada aksi final acara melombol lelaki yang berlangsung di Gimnasium Pusat Sukan Huanglong, Sharul Aimy menamatkan cabaran dengan mengumpul 14.466 mata untuk berada di belakang pemenang emas, Wataru Tanigawa dari Jepun yang mencatatkan 15.016 mata dan Mahdi Olfati dari Iran, di kedudukan kedua (14.783 mata).

Ng Shu Wai merupakan gimnas terakhir negara memenangi pingat dengan membawa pulang perak acara sama pada edisi 2006 di Doha, Qatar.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%
Path: /terkini/sukan/video-coach-tahan-sebak-lihat-sharul-aimy-tamatkan-kemarau-17-tahun-negara/